biar saya terangkan serba sedikit tentang kefahaman kita mengenai Hak Asasi Manusia, ramai yang telah salah anggap dan mereka berfikir berpaksikan kepada UDHR, adakah mereka mengetahu bagaimanakah UDHR itu terbentuk dan dari manakah datangnya idea Hak Asasi Manusia itu datang. Ramai yang tidak cuba untuk membuka minda dan berfikir secara "BEYOND", dan keadaan ini telah menyebabkan mereka hanya terkongkong dengan fahaman UDHR. golongan yang membuat mahupun mencipta UDHR ini terdiri daripada ahli falsafah barat yang seterusnya disanjung oleh golongan barat yang terkemudiannya yang kononnya cuba untuk membentuk atau mengutarakan hak asasi manusia berdasarkan keadaan semasa itu dan juga berdasarkan fikiran logik serta menolak mentah-mentah panduan dan apa sahaja yang telah dibukukan oleh kitab-kitab lama. Adakah relevennya jika kita menerima konsep yang diketengahkan oleh masayarakat barat mahupun ahli falsafah barat yang ketika membuat UDHR ini mereka tidak memanggil atau berbincang dengan semua ahli sarjana dari seluruh dunia dan megenepikan hak asasi manusia ketika itu. Mereka tidak menerima pendapat ahli para sarjana lain kerana mereka bukannnya datang dari barat. Keadaan ini sendiri telah menimbulkan suatu bentuk diskriminasi dalam proses membuat UDHR. Kita jangan bercakap hanya berpandukan UDHR dan kita juga tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dikemukan oleh UDHR. cuba kita bayangkan, ahli falsafah barat yang mengetengahkan prinsip universalisme telah menolak prinsip-prinsip agama lain tetapi mereka hanya menerima dan mempunyai kesefahaman dalam membentuk UDHR berdasarkan dari ruang lingkup dan kaca mata mereka sahaja.Mereka berfikir secara logik sebagai manusia dan apakah yang terbaik untuk manusia sehingga perkara yang amat malang terjadi seperti di Malaysia, ada pihak yang cuba menyokong akan kewujudan golongan seksualiti merdeka. daripada UDHR itu sendiri telah mengakibatkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya diterima oleh akal terpaksa diterima. seperti di britain dan amerika syarikat, mereka terpaksa membenarkan isu-isu sex bebas dilaksanakan kerana itu adalah hak mereka dan jika mereka menolak dan menafikan hak golongan tersebut mereka akan menerima tamparan hebat ekoran ahli-ahli falsafah mereka yang telah mencipta UDHR ini yang antaranya menyatakan hak manusia untuk melakukan , bercakap, bergerak tidak boleh dihalang. jadi, ahli-ahli falsafah seperti Hobbes, Spinoza, Locke dan banyak lagi sebenarnya mereka tersilap perhitungan dalam membuat hak asasi manusia sehingga menyebabkan negara-negara barat menerima suatu malapetaka apabila mereka di sana hidup bagaikan tiada suatu panduan kerana semuanya adalah bebas.untuk menutp pintu malang mereka, golongan barat telah mencari dan mencipta suatu masalah di negara-negara mahupun di rantau lain bagi menutup pekung di dada. kita sebagai manusia yang dikurniakan akal perlu tahu dan tidak hanya bercakap berdasarkan apa yang ditulis oleh seseorang.jika seseorang itu yang terlibat dalam membuat UDHR dengan menggunakan akal logiknya, bermakna sesiapa juga boleh mengeluarkan ssesuatu pandangan tanpa merujuk mana-mana panduan.hal ini memang terjadi dalam kalangan ahli falsafah barat itu sendiri, apabila mereka membuat UDHR berlandaskan masyarakat ketika itu dan fikiran logik mereka. sedangkan dalam pandangan islam, kita mempunyai panduan yang begitu baik untuk digunakan iaitu Al-Quran. kesahihan Al-Quran memang tidak dapat dinafikan dan sebagai manusia yang mempunyai akal mampu membezakan yang mana benar mahupun tidak.Adakah kita boleh menerima sesuatu dengan hanya pandangan ahli barat yang berfikir secara logik akal dalam membentangkan usl hak asasi manusia tanpa merujuk mana-mana sumber sehinggakan meninggalkan adat, budaya, fizikal individu, goegrafi mahupun demografi sesebuang negara dan juga masyarakat.
keterangan lebih lanjut dapat anda saksikan dalam buku yang dikarang oleh saudari NORRAIHAN ZAKARIA yang bertajuk "KONSEP HAK ASASI MANUSIA".