background

Thursday 1 December 2011

HUMAN RIGHT......>!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

biar saya terangkan serba sedikit tentang kefahaman kita mengenai Hak Asasi Manusia, ramai yang telah salah anggap dan mereka berfikir berpaksikan kepada UDHR, adakah mereka mengetahu bagaimanakah UDHR itu terbentuk dan dari manakah datangnya idea Hak Asasi Manusia itu datang. Ramai yang tidak cuba untuk membuka minda dan berfikir secara "BEYOND", dan keadaan ini telah menyebabkan mereka hanya terkongkong dengan fahaman UDHR. golongan yang membuat mahupun mencipta UDHR ini terdiri daripada ahli falsafah barat yang seterusnya disanjung oleh golongan barat yang terkemudiannya yang kononnya cuba untuk membentuk atau mengutarakan hak asasi manusia berdasarkan keadaan semasa itu dan juga berdasarkan fikiran logik serta menolak mentah-mentah panduan dan apa sahaja yang telah dibukukan oleh kitab-kitab lama. Adakah relevennya jika kita menerima konsep yang diketengahkan oleh masayarakat barat mahupun ahli falsafah barat yang ketika membuat UDHR ini mereka tidak memanggil atau berbincang dengan semua ahli sarjana dari seluruh dunia dan megenepikan hak asasi manusia ketika itu. Mereka tidak menerima pendapat ahli para sarjana lain kerana mereka bukannnya datang dari barat. Keadaan ini sendiri telah menimbulkan suatu bentuk diskriminasi dalam proses membuat UDHR. Kita jangan bercakap hanya berpandukan UDHR dan kita juga tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dikemukan oleh UDHR. cuba kita bayangkan, ahli falsafah barat yang mengetengahkan prinsip universalisme telah menolak prinsip-prinsip agama lain tetapi mereka hanya menerima dan mempunyai kesefahaman dalam membentuk UDHR berdasarkan dari ruang lingkup dan kaca mata mereka sahaja.Mereka berfikir secara logik sebagai manusia dan apakah yang terbaik untuk manusia sehingga perkara yang amat malang terjadi seperti di Malaysia, ada pihak yang cuba menyokong akan kewujudan golongan seksualiti merdeka. daripada UDHR itu sendiri telah mengakibatkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya diterima oleh akal terpaksa diterima. seperti di britain dan amerika syarikat, mereka terpaksa membenarkan isu-isu sex bebas dilaksanakan kerana itu adalah hak mereka dan jika mereka menolak dan menafikan hak golongan tersebut mereka akan menerima tamparan hebat ekoran ahli-ahli falsafah mereka yang telah mencipta UDHR ini yang antaranya menyatakan hak manusia untuk melakukan , bercakap, bergerak tidak boleh dihalang. jadi, ahli-ahli falsafah seperti Hobbes, Spinoza, Locke dan banyak lagi sebenarnya mereka tersilap perhitungan dalam membuat hak asasi manusia sehingga menyebabkan negara-negara barat menerima suatu malapetaka apabila mereka di sana hidup bagaikan tiada suatu panduan kerana semuanya adalah bebas.untuk menutp pintu malang mereka, golongan barat telah mencari dan mencipta suatu masalah di negara-negara mahupun di rantau lain bagi menutup pekung di dada. kita sebagai manusia yang dikurniakan akal perlu tahu dan tidak hanya bercakap berdasarkan apa yang ditulis oleh seseorang.jika seseorang itu yang terlibat dalam membuat UDHR dengan menggunakan akal logiknya, bermakna sesiapa juga boleh mengeluarkan ssesuatu pandangan tanpa merujuk mana-mana panduan.hal ini memang terjadi dalam kalangan ahli falsafah barat itu sendiri, apabila mereka membuat UDHR berlandaskan masyarakat ketika itu dan fikiran logik mereka. sedangkan dalam pandangan islam, kita mempunyai panduan yang begitu baik untuk digunakan iaitu Al-Quran. kesahihan Al-Quran memang tidak dapat dinafikan dan sebagai manusia yang mempunyai akal mampu membezakan yang mana benar mahupun tidak.Adakah kita boleh menerima sesuatu dengan hanya pandangan ahli barat yang berfikir secara logik akal dalam membentangkan usl hak asasi manusia tanpa merujuk mana-mana sumber sehinggakan meninggalkan adat, budaya, fizikal individu, goegrafi mahupun demografi sesebuang negara dan juga masyarakat.

keterangan lebih lanjut dapat anda saksikan dalam buku yang dikarang oleh saudari NORRAIHAN ZAKARIA yang bertajuk "KONSEP HAK ASASI MANUSIA".

Sunday 27 November 2011

DIA YANG KU SAYANG......

Ya Allah aku tidak sangka langsung akhirnya aku akan kehilangan dia untuk selamanya...
aku tetap sayangkan dia sebagai kawan aku yang terbaek dalam hidup aku...
aku tidak pernah rasa kehilangan seorang kawan semacam ini..
dialah yang selalu belanja aku makan..
dia sentiasa menjaga diri aku...
aku menyesal atas segala perbuatan aku terhadap diri dia Ya Allah..
jika diberi peluang sekali lagi aku akan cuba bagi yang terbaek untuk sahabat aku nie...
aku menyesal sangat-sangat...
aku tidak mampu terima hakikat yang aku sudah kehilangan dia ...
aku sayangkan dia..
akutidak ada kawan untuk aku bercerita...
dialah tempat untuk aku menangis...
dialah tempat untuk aku ketawa..
dialah tempat aku untuk bergurau...
aku kecewa dan terkilan dengan sikap aku sendiri yang tidak tahu menghargai orang lain walaupun aku sayang akan orang itu...
maafkan aku wahai sahabat aku..
walaupun tempoh perkenalan kita sangat singkat...
tetapi aku sudah anggap engkau sebagai TEMAN YANG TERISTIMEWA....
telah banyak masa aku habiskan bersama engkau dari kawan-kawan aku yang lain...
akhirnya perpisahan telah berlaku dalam hubungan kita sebagai seorang sahabat yang sangat akrab...
aku terima sahaja apa yang kawan-kawan aku kata pada aku kerana berkawan dengan engkau wahai sahabatku..
aku telan semuanya kerana aku sayangkan dikau...
terimalah daku kembali wahai sahabatku...
aku sentiasa menunggumu...
aku xnak kehilanganmu wahai sahabat...
perit rasanya penderitaan yang aku alami ini....
terlalu besar makna dikau dalam hidupku ini....

Friday 17 June 2011

HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA.......

assalamualaikum..
Hai...acap pada petang ini akan membicarakan tajuk yang tendency to islamik....
"HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA"..
Sapa yang masih lagi mempunyai ayah dan ibu....!!!!angkat tangan kanan...!!!
Sapa yang telah kehilangan salah seorang dari ayah dan ibu....!!!!!angkat tangan kiri...!!!!
Hehe...lawak je..mana bole angkat tangan dalam blog kan..
Okeyh...dengar baik2 apa yang acap cuba sampaikan pada anada sekalian...
Andainya anda menemui kesusahan untuk menjaga dan menanggung kedua ibu bapa anda yang telah Tua...anda wajib melaksanakan sekadar yang anda terdaya...ini kerana kewajipan itu adalah Kewajipan yang paling asasi dalam kehidupan kita sebagai anak....

Kehormatan dan darjat kedua ibu bapa adalah yang paling tinggi...lihatlah bagaimana ayah dan ibu Kasihkan anaknya yang masih kecil , juga yang telah dewasa...ayah dan ibu sentiasa menjaga Kesihatan , makan , minum , dan pakaian anaknya....lihatlah bagaimana kedua-duanya mengorbankan Diri mereka siang dan malam untuk menjaga anak-anaknya untuk menjadi orang yang baik , berjaya , Dan mulia dalam kehidupan mereka kelak....kalau tidak ada pengorbanan ayah dan ibu nescaya anda Tidak akan merasai kesenangan hidup seperti yang anda nikmati pada masa sekarang...

Tahukah anda bahawa kedua ayah dan ibu mahukan anak-anaknya manjadi orang yg lebih berjaya Daripada dirinya serta mahu dikasihi oleh Allah dan manusia.....mereka mahu anak-anaknya menjadi Pemimpin besar yang berkorban kerana agama , bangsa dan negara...oleh yang demikian...jagalah Kedua hati ayah dan ibu dari menjadi marah dan terkilan kerana sikap kita sebagai anak-anak Mereka...ingatlah Allah berserta dengan kemarahan kedua ayah dan ibu anda...sesiapa yang dimarahi Oleh Allah dan kedua ayah ibu anda maka akan rugilah anda di dunia dan di akhirat kelak...

Taatlah kepada suruhan kedua ibu bapa anda ..janganlah sesekali anda menderhaka kepada mereka Melainkan apabila ia meyuruh kamu melakukan maksiat dan kufur kepada Allah..ketika itu anda tidak Harus taat kepadanya kerana Allah tidak menyuruh taat kepada manusia dan derhaka kepada Allah.......

Pengakhirannya , tahukah anda baahwa orang yang paling sayang pada anda adalah kedua ibu bapa Anda sendiri....merekalah yang mendidik dan memberi pelajaran kepada anda sejak kecil Lagi...merekalh yang memandu anda ke jalan petunjuk hingga anda berpegang dengan agama Islam....oleh itu..terimalah nasihat dari kedua ibu bapa anda kerana keduanya lebih tahu tentang hal2 anda samada memberi manfaat atau yang memberi mudarat pada anda....berterima kasih dan Berdoalah agar keduanya berada dalam keadaan selamat , bahagia di dunia dan di akhirat Kelak.....AMINNNNNNNNNN!!!!






ini adalah mak dan ayah acap..abah pendek banyak dari mak hahahhahaahah......tapi pada tanggal 27/2/2010 tepat jam 0927 hari sabtu....mak telah pergi tinggalkan kami anak-anaknya dan juga suaminya buat selama-lamanya......marilah sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah mak acap agar beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dimasukkan kedalam syurga AL-JANNAH....amin....

WAZIR BIN ALI + A.M. WAN NORZAN BT AWANG

Thursday 16 June 2011

DAHULU...KINI...&....SELAMANYA.......!!!!!

sapa tahu maksud title diatas....!!!!!!!
wokeyh pada petang nie acap nak membicarakan sedikit tentang maksud title diatas......
DAHULU.......merupakan tumpah bangunnya seseorang dari sejarah kehidupannya...apa sahaja yang berlaku merupakan sejarah yang tidak boleh diubah tetapi masih boleh diingati untuk selama-lamanya....
bila kita fikirkan..itulah moment2 yang sangat perlu kita hargai kerana bukan mudah untuk peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan kita pada masa dahulu akan berlaku semula dalam kehidupan kita pada masa sekarang.....jadi apa yang perlu kita lakukan pada masa dahulu..apa lg..kenang-kanangkan lah peristiwa dahulu samada manis mahupun pahit..hanya kita sahaja yang mengetahuinya...DONT TELL ANYONE...its ur secret...n keep it on ur deep heart k...

KINI...........kini membawa maksud dimana anda berada pada masa sekarang...dimana anda berdiri...dimana anda makan...dimana anda tidor dan sebagainya lah...ok....KINI..kita xboleh katakan sejarah kerana ianya adalah masa yang masih baru dan masih dihadapan kita...jadi kita xboleh nak katakan KINI adalah sejarah...oleh itu,anda perlu menjaga ayat ini...KINI...kerana ia adalah masa hidup anda sekarang...jadi create kanlah KINI itu dengan penuh tartil agar ianya tidak menjadi sejarah tetapi ianya menjadi KEJAYAAN yang perlu kita banggakan dan untuk orang lain mahupun masyarakat untuk menghormati dan mengiktiraf kejayaan kita...

SELAMANYA.....ianya merupakan perangsang dalam kehidupan seseorang manusia dalam mencipta dunianya yang tersendiri...kita nak berkekalan dengan kejayaan yang kita perolehi tanpa ragu2 dan was2...kerana penyakit ini pasti akan membantutkan apa sahaja keinginan kita....SELAMAYNA..memberikan kita nafas yang cukup panjang untuk kita merubah diri ini..contoh ayat!!!!!.....adakah SELAMANYA aku nak menjadi miskin......??????...adakah SELAMANYA aku nak jadi kaya.....??????..inilah yang acap katakan sebagai perangsang dalam kehidupan manusia....jadi ciptalah SELAMANYA dengan sepenuh hati dan bukan dengan main buat saja tanpa memikirkan semasak-masaknya....huhu...

INI ADALAH PANDANGAN ACAP YANG ANDA PERLU DENGARI DAN PERHATIKAN...seriusly acap katakan binalah hidup ini seindah-indahnya....

Wednesday 15 June 2011

"BILA HATI SUDAH SAYANG"....

hey......
salam pada semua pembaca...
hari nie..acap terpanggil untuk membicarakan sesuatu yang sangat penting..
walaupun nampak macam tidak penting..tapi memang penting..(JANGAN SANGKAL)..
siapa tahu apa itu "hati"...atau dalam bahasa inggerisnya...HEART....
mesti ramai yang tahu apa itu hati...
hati ini adalah suatu BOX...yang menyimpan segala perasaan manusia secara lahiriah mahupun batiniah..
bagaimana rupa hati...ramai yang akan katakan seperti bentuk BULAN la...MATAHARI la..dan macam-macam lagi...tapi yang sebenarnya hati adalah berbentuk L***...semua pasti tahu...
disitulah muncul pelbagai perasaan..seperti sayang , kasih , cinta , hormat dan pelbagai lagi...
tetapi bagaimana dengan hati yang busuk.....???
acap tak nak berbicara tentang HATI BUSUK...
bila hati sudah sayang ianya mencerminkan pelbagai sangkaan yang akan wujud dalam diri seseorang individu..
demi sayangkan seseorang kita sanggup menghadapi pelbagai musibah hinggakan menderita pun kita sanggup gagahi...tetapi adakah ianya berbaloi...
pada anda BAGAIMANA?..
dengarkanlah apa yang akan acap tuliskan ini....

Bila hati dah sayang...
Semua menjadi indah..
Marah bagaikan gurauan..
Bencimu tak ku dendami..
Apa lagi senyumanmu..
Ku terbayang kala rindu..
Tidak perlu kujelaskan..
Apa yang aku ingnkan..
Berkasih biarlah satu..
Bercinta setia dihati..
Hanya itu yang kuharap..
Moga hatikan bersatu..
Sepenuh rindu ...
Hatiku merindu..
Debunga cinta
Penuh dijiwa..
Terlalu payah nak ku melupakan..
Bila hati sudah sayang..
Aku jadi gila bayang..
Memuja bulan bintang..
Yang membisu..
Entah apa lagi kuluahkan..
Untuk menyatakan cinta..
Setengah nyawaku menahan...
Mabuk cinta..
Sakit cinta..
Rindu makin menyesal..
Namun orang yang disayang..
Diam bersahaja..
Usah bermain rasa..
Jika hanya menduga..
Nanti tersentuh hati..
Pedih menyeksa diri..
Dengarkanlah..
Rayuanku..
Berikanlah..
Kasih sayang...


Jadi fahamilah erti "HATI"...kerana disitu banyak perasaan yang tersimpan..hargailah seseorang yang anda sayang..fahamilah terlalu susah untuk meluahkan perasaan sayang ini kepada insan yang kita sayang...jadi...walaupun kita sayang pada seseorang itu..bukan bermakna kita akan hidup dengannya..tetapi mungkin kita hanya sayang padanya dalam hati ini..jadi simpanlah insan yang anda sayang itu dalam hati...KEEP CLOSELY UR HEART.....

                                                   model nieh.....hehehe....!!!!!!!!

SEBUAH LIRIK LAGU YANG DRAMATIS UNTUK DIDENGARI...terimalah...WAYS dengan lagunya "SEIRAS"

Membisu saja ..
Tiada terkata..
Pabila ku terpandang wajahmu...
Yang seiras kekasihku..
Yang dulu..
Aku tergamam ...
Tiada bersuara...
Pabila kau menjeling padaku..
Seolah kau membaca pintu hatiku...
(2x)
Wajahmu manis..
Yang mempersona..
Tidurku tak lena..
Siang dan malam...
Terbayang-bayang..
Mandiku tak basah...oooooo..
Ku rindu...
(2x)
Gerak-geri serupa..
Tak ubah kekasihku dulu..
Gaya lenggang pun sama..
Membuat hatiku cemburu..
Dikaulah yg ku angani..
Dikaulah yg ku hajati..
Serasi membawa bahagia..
Serasi membawa bahagia...



Lagu ini menceritakan bahawa seorang wanita yang mempunyai seiras wajah , perlakuan dan personaliti yang sama dengan kekasihnya...itulah yang diingi oleh kekasihnya yang telah kehilangan teman teristimewa dalam hidupnya...kekasihnya terkejut melihat seseorang yang betul-betul seiras wajah kekasihnya....cubalah anda bayangkan bertapa rindunya kekasih ini terhadap teman teristimewanya....tempatkanlah diri anda di tempat insan yang kehilangan kekasihnya...lagu ini ditujukan kepada lelaki dilluar sana yang telah kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.....
SEKIAN DULU DARI ACAP......


                                                       
                                                model lagu nieh...haha!!!!!!

Monday 13 June 2011

Ruangan Keluarga Jejaka Tampan....

ini adala moment2 indah acap bersama siblings..mereka nie la yang menceriakan hidup acap...kadang2 tuh biasa la kan gadoh antara adik beradik nie..haha..tp mereka nie mempunyai perangai yang tersendiri...kalo nak diikutkan...acap bole dikatakan mcm adik la plak..sebab adik2 acap lebey besar ckit dari acap..no matters,acap sayang korang nie...lupe plak..yg kecik tuh anak sedara acap...mulut dia sama je dgn bapak n mak sedara dia...fuhh

  ini pulak adik acap..dia nie besar lg dari acap...macho x?bagi acap bole la. tapi acap rase dia ikut acap la kan..bak kate pepatah.."manekan tumpah kuah kalau x ke nasi" ...tengokla adik acap nie....nak ngorat pun bole xsalah..haha...tp kena la tanya acap dulu..                                 




  pic nie diambil semasa kami berada di KFC...haha..huhu.... cukup sonok..maklumla orang belanja makan free plak...sape yang xgemarkan.pape pun acap nak say thanx to my eldest sis (kakAin)... she willing abiskan duit belanja besar-besaran kat KFC....hahahahahahahhahhahahahha....


SEMOGA BERBAHAGIA KITE ADIK - BERADIK SELALU.......................amin......